Hatiku Dan Hatimu Menjadi Satu Rasa...PannnnassssThank You Visit Me...Plz..come again..
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, October 31, 2011

Pembekal Otak-Otak..Sila Hubungi Kami



Otak-Otak - Mr. Noh




Sata - Mr . Noh

Produk Otak-Otak Dan Sata Mr Noh !!!!
Boleh anda perolehi dari kami, jika anda perniaga gerai otak-otak atau jika anda mahu menikmati sendiri samada semasa berkelah atau beriadah bersama keluarga atau anda ingin sesuatu yang berlainan dalam menu majlis yg anda anjurkan nanti....hubungi kami..kami sediakan stok produk tersebut untuk anda.

Contact No : 017 2488590 / 017 2488034 - utk sebarang tempahan atau pertanyaan.


Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel disini : mocc.su@gmail.com

Sunday, October 30, 2011

BlogKu ...Cam Tak Lengkap Je


Adoiii..naik berpusing dan pening dah nak reka blog nie....tapi pasal nak lebih hebat and glamor..bagi org tgok..hehehe..pasal tu tak abis2 aku study camner nak rekacipta blog-blog yg hebat...!!!

Aku masih tercari-cari post-post seperti ini....

1. Nak Buat MenuBar
2. Nak Buat Link Antara Menubar
3. Nak Buat Sidebar Bar Cantik..masih tak terhasil...hehehee..gagalll..tapi tetap nak jgak buat...tlg bantu!!
4. Nak Sidebar Dalam Post Colom

Agaknya nie le dulu..kalau ada kawan sudi nak bantu bole le bagi komen ye...
dan yg lainnya boleh gak bagi info kalo sudi.....tq yessssssssssss!!!

Friday, October 28, 2011

Jeng-jeng...STEAQ KITA..OIIII





inilah dia - isi dalam pack . yang nie ayam le....siap semua ada...nak masak ayam 2 je..pastu tuang je sos masa ayam tu tengah panas...sedaaappp....koreng kentang...jagung xperlu masak terus ngap je..hehehe...


Thursday, October 27, 2011

STEAQHUB....Produk Ready Made..Ready To Cook,,Ready To Eat...Anytime..anywhere...

Seharian ku menerjah website dan blog2 di internet...aku terhenti sejenak...kepenatan....aku rasa baik aku sharing produk yg terbaru mungkin utkku...tapi tidak utk kawan semua...STEAQHUB....rasanya memang lazat ditambah pulak cara menyedianya sudah lengkap disediakan sebagai panduan..so..amat senang le nak wat camner pun...
beef steaq...nyaaammm...sedappppppppp....try kekawan..kalau nak order bole je email aku....mocc.su@gmail.com atau tinggalkan komen...

yang nie kambing...sape minat bole le order


yang nie ayam...aku paling suke yg nie..hehehh


sape suke ikan...pilihan terbaik le disini....

so..aku rasa berselera makan..heheheh.....tapi nie le aku nak kongsi ..pada sesiapa nak rasa sedap..bole le order ready made steaq kat aku...tinggal komen atau email je...kat..mocc.su@gmail.com..jangan tertinggal nak jilat jari..heheheh..sebab sedaaaaaaaappppp

Wednesday, October 26, 2011

INFO ..AQIQAH DAN KENDURI YG PATUT KITA TAU...



الحمد لله رب العالمين مستمدا منه التوفيق للصواب ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد سيد المرسلين والآل والأصحاب والتابعين اهم بإحسان إلى يوم المآب ، أما بعد 

Pengertian Aqiqah

Aqiqah dari segi bahasa pada asalnya ialah nama bagi rambut yang terdapat di kepala bayi ketika dilahirkan. Manakala dari segi istilah syara' pula aqiqah ialah binatang yang disembelih untuk anak yang dilahirkan ketika mencukur rambutnya (I'frnah ath- Thfrlibin: 2/525) atau binatang yang disembelih untuk anak yang dilahirkan sebagai tanda syukur kepada Allah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu. (Mausu'ah Fiqhiyyah: 30/276) 

Hukum Aqiqah

Hukum melakukan aqiqah adalah sunat mu' akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan. Ia bukan wajib sebagaimana pemah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaiM wasallam dan Baginda bersabda menjawabnya: 

لا يحب الله العقوق كأنه كره الإسم وقال : من ولد له ولد فأحب أن ينسك عنه فلينسك عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة
(رواه أبو داود والنسائي وأحمد) 


Maksudnya: Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelih untuk anaknya itu, maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. " 
(Hadits riwayat Abu Daud, an-Nasa’i dan Ahamad)

Maksud hadits daripada perkataan أحب أن ينسك عنه (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan baharulah wajib.
Hikmah pensyariatan aqiqah antaranya ialah bagi menzahirkan perasaan riang gembira, perasaan syukur di atas nikmat dikurniakan zuriat dan bagi tujuan mengumumkan keturunan nasab anak yang' dilahirkan di samping mengeratkan tali silaturahim di kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan orang-orang fakir miskin melalui masakan yang dikirimkan atau melalui jamuan yang diadakan. (Nihayah al-Muhtaj: 8/145, I'anah ath- Thalibin: 2/525 dan al-Fiqh al-Manhaji: 1/489) 

Maka berdasarkan kepada hikmah pensyariatan aqiqah tersebut, adalah lebih elok kenduri majlis aqiqah itu diadakan berasingan daripada kenduri majlis Maulidur Rasul, kenduri majlis Isra' Mi'raj atau kenduri majlis Nisfu Sya'ban dan lain-lain bagi mencapai hikmah di sebalik pensyariatan tersebut. 

Walau bagaimanapun jika kenduri majlis aqiqah itu disatukan atau diserentakkan dengan kenduri-kenduri yang lain-lain itu, maka aqiqah tetaplah hasil (sah) cuma kuranglah afdhal. 
Menurut ulama menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak dan menghantarnya kepada fakir miskin adalah lebih afdhal daripada menjemput mereka makan termasuk dalam bentuk kenduri. 

Walaupun begitu, jika ianya dibuat jamuan dan dijemput orang datang menghadirinya, aqiqah tetap juga hasil (sah) dan memadai. Atau dalam makna lain ia adalah harus. (Al-Majmu’: 8/410-411, Mughni al-muhtaj: 4/294 dan I’anah ath-Thalibin: 2/526).

والله أعلم بالصواب

Tuesday, October 25, 2011

ilmu itu indah so, kita kongsi bersama

5 Masalah Seks Perlu Dirujuk Pakar
Hubungan suami isteri pastinya manis dan membahagiakan ketika fasa awal perkahwinan. Namun setelah masuk ke tahun-tahun berikutnya, satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa. Baik daripada kewangan, kesihatan, anak dan tidak terkecuali masalah melibat hubungan intim.
Jika masalah lain mungkin pasangan terbuka untuk berbicara tapi bila ia melibatkan urusan ranjang perasaan malu atau ego lebih menguasai diri. Masing-masing lebih rela mengunci mulut dan memendam rasa serta mengikut rentak yang ada kalanya sukar direncana.
Ada yang sanggup bertahan dengan keadaan ini bertahun-tahun lama daripada meluah dan mencari penyelesaian. Padahal masalah yang dihadapi sebenarnya amat serius dan perlu ditangani oleh pakar. Jika anda ternyata mempunyai masalah seperti di bawah ini maka anda sebenar memerlukan bantuan pakar atau kaunselor kerana ia serius dan boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga jika berterusan.
1. Seks Cetus Pertengkaran
Sering berselisih pendapat tentang posisi yang sesuai ketika bersama? Atau mungkin anda kurang selesa dengan layanan pasangan sewaktu berada di kamar tidur? Mungkin sudah beberapa kali isu yang sama dibangkitkan namun jalan penyelesaian masih belum kelihatan. Berhati-hatilah kerana bibit kebosanan mula bercambah. Sering bertengkar mengenai seks membuktikan anda memerlukan seseorang untuk rujukan dan tempat meluah perasaan. Bertindaklah dari awal bagi mengelakkan bahtera yang dikemudi karam di tengah lautan.
2. Cipta Pelbagai Alasan
Apabila pasangan mengajak duduk berdua-duaan dengannya dalam suasana yang romantik anda sering memberi alasan. Lebih-lebih lagi apabila niat untuk berhubungan meluncur laju dari mulutnya. Mulalah pelbagai cerita dicipta bagi mengelak dibawa ke ranjang.
Sekiranya hal ini berlaku sedarlah bahawa si dia menyimpan sesuatu di dalam hati. Ingatlah, bahawa seks adalah perkara yang menyeronokkan dan apabila ada alasan untuk melakukan, tidak mustahil telah berlaku sesuatu yang merencatkan keinginannya. Bersedialah untuk berjumpa dengan pakar terapi yang berpengetahuan agar masalah tidak berlarutan.
3. Cari Peluang ‘Makan Di Luar’
Tidak ‘bahagia’ dengan pasangan merupakan alasan yang sering dicipta untuk curang. Carilah punca sebenar dan jika seks jawapannya maka temuilah pakar terapi yang berupaya menyelamatkan rumah tangga anda. Praktikkan teknik serta ilmu yang diajar sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, tentu sinar bahagia ditemui.
4. Kecewa Sewaktu Berasmara
Ketika berhubungan, anda sering kali gagal menikmati puncak kenikmatan yang sepatutnya. Disebabkan itulah maka bila diajak ‘bersama’ sekali lagi, mood yang seharusnya gembira bertukar bosan.
Oleh kerana kasihan pada pasangan maka kemahuannya diturutkan sahaja. Sudahlah masalah itu tidak dibincang bersama malah anda pura-pura bahagia sewaktu berada dalam dakapannya. Usah berlengah lagi. Segeralah dapatkan bantuan pakar agar perkara tersebut tidak berulang lagi.
dapatkan kraftangan dari sarawak...email me...!!!
5. Masalah Kesihatan
Ada pasangan yang mengelak untuk bersama pasangan kerana masalah seks yang mereka hadapi. Boleh jadi kerana masalah nafsu yang semakin menurun, disfungsi ereksi, ejakulasi pra matang, vaginimus, frigid, penyakit kelamin dan sebagainya. Masalah sebegini sememangnya memerlukan khidmat pakar jadi berterus teranglah agar pasangan memahami malah mereka juga sebenarnya dengan rela hati menemani anda menemui pakar.

sidebar...aduhhhh...cam tak jadi je...pening

masuk arie nie aku masih pening nak masuk sidebar yg cantik...asyik tak jadi je....dah puas terjah blog2 kawan yg baikhati bagi info...mungkin nie bahagian aku gagal..hahahahaha....

nie lagi satu..header..last2 aku main masuk pic yg aku reka je...aku rasa kena banyak belajar and sabar..hehehe

Monday, October 24, 2011

Agak lama ku pendam!!!..rinduku terubat kembali....

inilah pic pertama ku reka..ku rasa cukup puas....!!!

Salam
Agak lama tak menconteng blogku yg indahnya (pada pandang mataku le..hehehe)..kesibukkan ku menerjah cara2 mencantikkan blogku...wahhh..penat jugak rasanya..pas satu..satu aku wat ..tukar tu tukar nie...macam2 idea aku dapat dari blog2 kawan yg rajin bagi info yang cukup menarik.
Namun aku rasa amat puas bila belajar sesuatu yg belum ku pelajari, bah kata org ..benda baru..mesti le best gileeee....hehehehe...!!!!..itu le pengalaman yang cukup berguna ku rasa....
Pada kawan2 yg ku add dan join aku diblog ku ini..ku ucapkan terima kasih..ku harap makin hari makin ramai yg join blog mocsu...terima kasih semua......

Thursday, October 20, 2011

layan lirik lagu tema blog nie dulu ye...

Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin


 

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tidak di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku mencintaimu
Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu
Sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh
kekasih hati
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu

Wednesday, October 19, 2011

Selsema pulakkkkkk

Hari yang paling tak bestnya....namun masih sibuk mencari info penting utk mengemaskini dan mencantikkan blogku ini....ku harap semuanya berjalan lancar...aminnnn

Monday, October 17, 2011

nak..gaya fesyen kanak-kanak muslimah..menarik jugak kan

http://gorichsa.sinarmall.com

GAYA..ADALAH PERSONA WANITA

www.gorichsa.sinarmall.com
SILA KLIK UTK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT..http://www.gorichsa.sinarmall.com

LAGI-LAGI KES KANAK-KANAK....APA NAK JADI NIE...!!!

Pagi2 dah aku disajikan dgn kisah kanak-kanak langgar lari di beijing china. setelah aku tgok videonya...aduhhhh!!!!!kejam sungguh manusia tu....sampai budak tu sangkut  kat tayar belakang van die pun die xpi tgok..bangsat btul le.......kezaliman manusia......sepanjang arie aku teringatkan budak tu kena lenyek oleh van and lori tu....sampai hati btulllll......aku xboleh bayangkan bagaimana perasaan ibu n ayahnya..aku sendiri tgok mcm nak terputus tali jantung.....kesiannya..

Thursday, October 13, 2011

Friday Mood....!!!!!!!

Salam sahabat....
meniti arie jumaat..snok le oiii...sebab sok dah cuti ..sbtu and ahad....xpayah kelibut kejar ke opis pagi2..kul 8am dah kat opis...bosan gak arie2 cam tu.....

friday....the best day of the day.....

Hari nie masih tak dan nak terjah apa2 info......

Hari ini terfikir nak wat gubahan kat blog nie ckit..bagi cantik..bagi sweet..baru best....

Now..nak cari info tuk kongsi di sini..mungkin petang ada cerita menarik....

oopppp...!!!!!!!!!!!!!.bercerita pasal info nie...aku tertarik satu blog pasal OTAK-OTAK....best kan makanan tu..dah jadi trend skunk mkn otak-otak sebelum nasi n lauk sampai kat meja makan..... restoran mamak pun dah jadi tempat jual otak-otak.....best tu.....aku fikir nak cari info yg lebih menarik pasal makanan nie......mesti best.....sb aku jadikan makanan nie satu pilihan dalam menu keluarga..yelah kalo sedara dtg dari jau ke rumah aku...mknan tu le aku cbuk cari jadikan juadah....hehehee.

Amin....selamat berkunjung.
.jika ko pergi dari blog ku...pastikan ko kembali..hehehehhe


dengar lagu....

Pencen Oh Pencen



Nak Kongsi Je..nie info aku copy dari blogger len..snok pulak tgok..so..aku kongsi kat blog aku gak, sebab aku fikir nie cerita menarik....

Jangan tak Kongsi..Rugi!!!

Teringat satu ayat diluah oleh seorg teman,...jgn ko xnak kongsi..nanti ko gak yg rugi.....bab nie memang ada negative and positive....

Contoh..kongsi nasi lemak 50sen....tuk 2org..mner cukup....xsampai 1jam dah lapar balik..heheheh...tapi kalo kongsi cerita menarik or tidak...walaupun 1saat sekali pun....ianya bisa melegakan segala kemelut difikiran....jiwa akan jadi tenang..minda akan jadi kosong tanpa ada serabut da..freedom..hehhehe..

Oleh itu aku nk ucapkan....jika segala apa yg menarik atau yg boleh wat tertarik dimana2 kawan2 jumpe...kongsi je disini....singgah le...lepaskan lah disini.....

jumpe lagi .....selamat berkunjung.......terima kasih

Kawan, Teman, Sahabat....Terima Kasih Singgah Di Blogku

Bab nie le aku nanti-nantikan....kawan yg tidak ku kenal sudi datang ke blog ku yg belum siap sepenuhnya.yelah aku nie masih baru, bah kata org melayu kita.....baru setahun jagung..hehehhe..btoi ke peribahasa 2...kalo xbetui..perbetoikan le...xkisah pun asal serupa dan serumpun dgnya..hehhehe

Terima Kasih Pada Yang Sudi Jadi Kawan......

Wednesday, October 12, 2011

Aduh..internet problem seluruh malaysia...mati tu..hehehehe!!!!!!!

Dalam syok melayari blog-blog di alam maya nie...adoiii tertiba line blank.....kantoiii......semua xtau nak kata aper....geram semua ada.....!!!!

1hari internet tak ade...... semua rasa macam sasau je....macam xlengkap pulak diri ini..heheheh....cam ada kekurangan.....rindu kat internet xsenang duduk.bah kata orang melayu kita dulu-dulu...tidur tak lena makan tak kenyang.....macam org mabuk bercinta pulak.....alam percintaan memang seronok....

Pagi nie ...alhamdullillah.....bestnya..internet dah ade....mula le aku meloret cerita.mulalah aku nak terjah pelbagai cerita menarik di alam maya utk dicontohi...untuk diingati..utk diikuti..xpun jadikan panduan.....bestnyaaaaa..arie nie amat bahagianya terasa.....sampai nasi lemak kegemaranku pun xdan nak telan..kopi panas pun dah sejuk..pasal internet dah kembali padaku..heheheheh....aku mula sasau...aku mula gila menerjah dialam maya mu internet......

Amin..semoga arie ini segala perkerjaanku berjalan lancar.....

Tuesday, October 11, 2011

Jangan Lupe..STEAQHUB..DISINI...SILA LE ORDER...BESSSTTT

pembungkusannya je...so!!!

chicken steaq..sedaaap

Inil le isi kandungannya...

 Salam...salam...salammm lagi.....

Anda dilokasi makanan sejuk beku..hehehhe....so..sila order kalo berminat.....kami boleh hantar terus kepada anda yg duduk disekitar lembah klang....klang, shah alam, subang, pertaling jaya, dan kuala lumpur......

hubungi kami...017 248 8034....untuk order...package bole dirujuk pada post yang lalu.

Borak Je le.....

Cam nak siapkan rumah...tu le agaknya.....buat blog nie...perlu ada ada semua paling penting...jeng2 ruang borak...tu le dia kehebatan berblog nie....cari je..semua jumpa...yg belum jumpa nie..kawan2 yg sudi add and join my blog..hehehehe.....dtg le ke blog mocsu nie.......

Buat kawan2 blogger yg terbuka blog aku nie...rajin2 le join kat blog nie ye....!!!

Hari ini terasa happy ssgt yelah...tulis je kat blog nie luah perahsatan..heheheh..biar syok sendiri seketika....xde sapa nak peduli..janji happy ..heheheh

Pengalaman membuatku tersenyum disini......rasanya byk lagi aku nak buat tuk masa akan dtg....selamat berkunjung ke blog ku .......happy always!!!!!!!!!!..love u all..yehhhhhh

Monday, October 10, 2011

CANTIKNYA BLOG!!!!!!

Hari ini kerjaku cuma meninjau2 ruang blog-blog, wahhhhh..banyak btui blog2 cantik,....semuanya hebat...hampir 6jam aku meneliti blog2 diruang internet...sah semua rakyat malaysia begitu phatin dgn perkembangan dunia internet...sah anak-anak malaysia telah berjaya mereka cipta blog-blog yang amat menarik diruang internet nie..

Tidak kurang jua internet menjana kewangan, macam2 ada...menarik hingga aku tertarik....tapi semua tu aku kena belajar perlahan2...almaklumlah aku nie baru belajar buat blog..agak ketinggalan le kot bagi yg dah lama berkecimpung dalam alam blogger nie..hehehehhe..tak per le..janji sekrg nie..aku dah mula sedar..dunia amat pantas berubah...kita patut kejar apa yang ada didepan mata...ilmu itu adalah anugerah yg terindah.....sayang kalo tak study buat blog...dah ramai blogger kasi free....merekacipta blog kan.....aku ucapkan terima kasih banyak2 le pada yg sudi sy follow......

Hari ini aku masih sangkut kat bab nuffnang..uhhhhh!!!..gerammmm...aku tak jumpa kat mner nak paste code tu...sahlah aku nie masih bab ketinggalan..hehehehe.....xper...aku perlu banyak sabar kot..insyaallah menjadi tu esokkkk......

Dah penat aku belek nuffnang...last aku luah je le apa yg ku rasa patut..pada yg sudi tgok blog and jadi my friend disini.....I SAY I LOVE YOU ALL...TQ A LOT...!!!!!

Tutorial Blog...Cara buat blog cantik

Seharian membelek blog dalam internet. jumpa juga tutorial percuma, siap boleh copy ape je die punya info.Memang best kalo semua org pandai buat blog xsegan2 bagi cara2 mereka cipta blog sendiri dgn percuma.

Saya teringat masa mula2 bergiat aktif dalam internet, bab2 mereka blog2 tapi rasa amat payah jugak. pernah kena tipu tau..pasal nak buat order form sahaja lesap RM150.00, order pun xnampak bentuk camner, sampai le sy tarik diri dari dunia impian kosong tu. Kekadang bila fikir balik, bodohnya rasa waktu tu, duit kuar macam air paip je...sedar RM10k lesap dalam 1bulan. Tapi 2le nasib badan, terlalu ghairah mengejar sesuatu bukan milik kita..MLM...produk kesihatan..saya akui memang produk best.saya tak salah produk tu, saya salah diri saya sendiri yang kelabu mata mengejar duit dalam internet hingga duit yg tersimpan abis terkeluar....Namun itu kisah lampau....

Sekarang saya rasa amat bersyukur kerana masih ada juga yg sudi memberi peluang utk kita belajar secara percuma disini..sebenarnya banyak cara2 membuat blog yang cantik tanpa perlu satu sen duit keluar pun.
salah satu yang paling best saya rasa setakat nie......blog nie...http://tutorialuntukblog.blogspot.com/....
boleh tinjau kalo2 nak merekacipta blog sendiri. apa2 pun saya ucapkan jutaan terima kasih pada pemilik blog tersebut.....u memang best...http://tutorialuntukblog.blogspot.com/

Saya rasa setakat nie dulu.semoga dipermudahkan segala urusan.jika kekawan terbuka blog saya..add le saya.saya amat berterima kasih atas kesudian kekawan.....semoga impian menjadi kenyataan.

Sunday, October 9, 2011

Seronok Tukar Template Blog

Amat seronok bila buat sesuatu yg amat menarik.banyak juga yag ditemui dalam internet nie.mula2 kira selidik abis  macam mana nak guna semua benda free dalam internet, nie le hasilnya....bergaya..hehehehe

Semua nie buat sy ingat balik zaman mula2 terlibat dalam bidang niaga ONLINE - MLM- heheheh..mcm2 upline suk buat tapi tu le..keinginan yang memuncak membuat aku terjeBAK dalam pgunaan duit melampau..semua benda dalam internet berbayar aku terjah....duit kuarnya banyak..tapi duit masuk...lagi parah..heheheh..2le pengalaman paling berharga utk ku hari ini.....ku harap semua apa yg kita nak buat kita perlu byk berfikir dan pastikan semua fikiran kita ada pro n contra..baru le..kita bole lihat hasil yg berbaloi.....

Amin..minta-minta keputusan apa ku buat kali ini berbaloi....

Salam

Pagi indah.tepat jam 8.05am Isnin 10.10.2011.Angka yg cantik dan harap hari ini cantik sepanjang masa.
Aku masih mencari idea yang perlu utk ku terjemah dan kongsi bersama kawan-kawan disini.yelah mana tau ada kawan terbuka blog ku ini.Blog masih ditahap baru nak merangkak..hehehe...

Apapun pelbagai perancangan nak ku muatkan disini. kalo diteliti banyak jugak blog2 pasal mencari dan tambah wang. wow..tu kira blog baik..buat duit..duit duit lagi.Tapi nak buat camner tambah duit nie.nak jual apa?..nak join apa..semua tu buatku buntu.?

Pernah sebulan yang lepas, seorg kawan mengajak aku checkout 'SECORE A" ..memang aku rasa bagus program tu, yelah tuk anak2 menambah ilmu manakala ibubapa menambah duit..itulah kata yang dptku terjemah dari "SCORE A" . Apapun " SCORE A" memang bagus tuk masa depan anakku dan kita semua yg ada anak nie, cuma bab nak buat duit dan tambah duit dari score A nie le yg aku binggung sikit.Aku nie tak reti nak niaga pun, nak ajak org pun aku xreti.camner aku nak tambah duit....mesti aku terlepas bab camnie sb aku sendiri tak tau camner!

Aku sebenarnya ada cita2 dan perancangan tersendiri dan aku rasa ini saja yg mampu ku buat utk ubah hidupku yg memang dah terhimpit nie.Ku harap semuanya berjalan lancar, tunggu masa dan ketikanya...
amin......

Thursday, October 6, 2011

Hari Kedua Moccsu

Assalamualaikum

Rasanya masukkan lirik lagu...hehehhe..idea belum ada untuk reka cerita lain.


Lirik Lagu Menatap Matamu – Aril AF7 

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun



Wednesday, October 5, 2011

Hari Lahir Moccsu...!

Bermulanya sebuah blog aku didada internet..hehehe..saje nak rekod

Tarikh Lahir Blog : 06.10.2011
Jam Lahir : 8.50
Hari Lahir : Khamis yang mulia
Tempat Lahir : Pejabatku
Negeri Lahir : Selangor
Nama Manisku : MOCCSU

"Selamat Hari Lahir Wahai Sayangiku "...MOCCSU..."
MOGA HARI LAHIRMU 
MEMBERIKU SINAR BARU