Hatiku Dan Hatimu Menjadi Satu Rasa...PannnnassssThank You Visit Me...Plz..come again..
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, November 20, 2011

Resipi Nak Cuba

Salam...

Resipi nie aku copy dari kawan forum....bagus juga kalo try.Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Daging Steak Lembu 
(Asean style steak)

Bahan utama :-
1. Daging lembu yang di Aged keratan STRIPLOIN +/- 120 gsm setiap kepingan (Asian standard cut).

2. Kicap Cair (Beli dari pengusaha/pengilang orang Islam)

Bahan untuk kuah :-
4 Labu Bawang putih (Chop or slice) jangan dipecahkan
3 sudu besar Demi Glaze
5 sudu besar whipping cream
3 gelas air RO water
sedikit Rosmary dipecahkan
2 sudu kecil Lada Hitam ditumbuk kasar
3 sudu kicap Cair

Cara membuatnya :-
Daging Striploin diperap bersama kicap cair selama 10 ke 15 minit.
Bakar atau Grill kan atas Non Stick Pan (Jangan guna minyak masak) diatas suhu 170°C, 1.5 minit sebelah dan 1.3 minit sebelah lagi (Untuk medium) 2.3minit sebelah dan 2.0 minit sebelah lagi (Medium to well)

Untuk membuat kuah :-
Ambil periuk kecil masukkan air R.O (reverse osmosis) dan masukkan Demi glaze, Whipping Cream, Lada hitam, rosmary, yang ditumbuk, kacau sehingga sebati pastikan ianya tidak diletakkan diatas api dahulu, lepas ianya larut serta sebati, kemudian boleh dimasak atas api, semasa memasak kuah tersebut pastikan ianya dikacau mengikut pusingan jam sehingga ia mendidih dan dimasukkan bawang putih yang di chop/slice. Setelah mendidih kecilkan api, kacau lebih kurang 3 minit, kemudian angkatkan.

Garnishing :-
Tuan / Puan boleh gunakkan sayuran atau buah buahan mentah dipotong mengikut creativiti citarasa masing masing.
a.Timun Zuchini (Hijau/Kuning)
b. Apple Merah
c. Apple Hijau
d. Strawberry
e. Cherry
f. Celery
g. Salad berdaun (bukan Lettuce)
h. Mangga yang Manis
i. Black/Blueberry
j. Nenas

Sayuran & Buah di rebus atau dikukus :-
1. Jagong muda
2. Asparagus
3. Kentang (dibersihkan dibakar /direbus dibalut aluminium foil)
4. Brocilli

Tuan puan tentu pelik dengan cara saya memasak Steak berkenaan, memang pelik serta unik, kerana ini adalah steak yang sebenar serta berkhasiat, jika dimakan. Kami tidak pernah mengamalkan memasak steak mengunakkan MINYAK MASAK, AIR PAIP, MSG & GARAM.

Tahukan tuan/puan bahawa meletakkan MINYAK MASAK lah yang mengundang KOLESTEROL kedalam masakan kita.

AIR PAIP (TAP WATER) membuatkan masakan kita tidak enak dimasak kerana ianya mengandungi CHLORINE yang menyebabkan masakkan kita terasa sedikit kelat kerana tindakbalas CHLORINE & API yang memecahkan molecule zat.

MSG ini lagi satu jenis perisa yang bahaya jika digunakkan selalu dalam masakan, ianya boleh dipakai tetapi dalam jumlah yg sedikit jikalau boleh dielakkan, cuba elakkan mengunakkan MSG atau jangan digunakan langsung. (MSG adalah pemanggil(invite) penyebab/pembunuh utama kepada pengidap penyakit MIGRINE jika mengamalkan pengunaan yang berlebihan)

GARAM adalah satu agen pengeras/kental ianya boleh menyebabkan Daging yang anda masak itu menjadi keras serta kejang bila diletakkan diatas api, ini menyebabkan Steak anda akan menjadi kejang semasa dimasak, dan sekiranya anda mencampurkan garam semasa anda memasak apa apa sekali pon, cuba elak memasukkan garam semasa api sedang marak, ianya kurang sihat dilakukan sedemikian, jika anda mahu masukkan garam juga sebaik baik nya tutup dahulu api masukkan garam dan buka api kembali dan teruskan memasak. Kenapa ianya begitu, kerana ianya boleh memyebabkan MOLECULE zat makanan terhapus begitu sahaja. Maka itu lah orang EROPAH menamakan TABLE SALT bukan COOKING SALT. Garam sepatutnya berada diatas meja makan, bukan di dapur masakan.

Ingat semasa menikmati masakan rasa dahulu sekiranya masakan itu kurang masin kemudian barulah ditabur sedikit (TABLE SALT) yang terletak diatas meja dan nikmatilah hidangan yang berkhasiat, lazat yang terjamin untuk kesihatan anda & juga seluruh keluarga anda. SELAMAT MANJAMU SELERA.

SELAMAT MENCUBA.

No comments: